BATU KAWAN : Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar berjoging seorang diri di Bukit Hilltop di sini, sejak Sabtu lalu. Mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29, dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Mutiara kira-kira pukul 5 petang dan kehilangan pemuda itu hanya disedari oleh abangnya pada tengah malam, hari yang sama. Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, ketika ini, usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan sebaik…