Pelancong teruja lihat burung liar sambil nikmati lemang

Pelancong teruja lihat burung liar sambil nikmati lemang

EDDIE Bartley (tengah) dan Andrew J. Sebastian (depan) menyusuri Sungai Tahan untuk melihat burung liar di Kuala Tahan, di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.- UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Pengkaji dan pencinta burung liar dari California, Amerika Syarikat, Noreen Weeden dan Eddie Bartley tidak akan melupakan pengalaman diraikan dengan hidangan lemang daun lerek yang dicecah daging rendang di sebuah pusat inap di Kuala Tahan, di sini.

Merka diraikan anggota sukarelawan Nature Lifeguard, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Taman Negara dan Bird Group Taman Negara (BGTN) sempena kunjungannya ke situ, baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Noreen berkata, kunjungan kali pertama bersana Bartley serta diiringi rakan karibnya, Andrew J. Sebastian adalah untuk melihat serta merakam gambar pelbagai spesies burung liar dan serangga di hutan tropika Taman Negara.

“Kunjungan ke sini tidak menghampakan apabila dapat melihat spesies Helmeted Hornbill dan unggas lain yang berpotensi menarik minat pelancong serta pencinta burung liar seluruh dunia ke Taman Negara.

“Lebih mengujakan apabila kami bertiga dihidangkan makanan tempatan iaitu lemang daun lerek dan rendang daging yang pertama kali dijamah termasuk kuih orang Melayu di sini,” katanya di sini semalam.

Cerita Noreen Weeden, dia langsung tidak tahu tentang sambutan hari raya orang Islam sehingga mereka berdua dapat menitip pengalaman berharga sekali gus berhasrat berkunjung semula ke Taman Negara pada masa akan datang.

Sementara itu , Sebastian yang juga Presiden Ecotourism & Conservation Society Malaysia (Ecomy) berkata, kunjungan dua pencinta burung liar menepati hasrat mereka untuk melihat pelbagai spesies burung liar dan serangga di habitat hutan tropika di situ.

“Sememangnya, inilah matlamat pertubuhan kami (Ecomy) untuk memperkenal pelbagai spesies burung liar, serangga termasuk semua hidupan di hutan tropika kepada pengunjung luar serta pada masa yang sama mengadakan program pendidikan alam sekitar kepada generasi hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN