Pelan Tindakan Industri Penjagaan latih penjaga profesional

Pelan Tindakan Industri Penjagaan latih penjaga profesional

NANCY Shukri ketika berucap merasmikan Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membangunkan Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia yang dijangka siap pada penghujung Julai ini bagi melahirkan penjaga profesional di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, matlamat industri penjagaan ini adalah melahirkan penjaga kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang profesional dan berkemahiran setanding dengan piawaian negara maju dan berupaya menawarkan perkhidmatan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Makmal pembangunan yang diadakan hari ini bagi mendapat input daripada pemegang taruh dan pemain industri serta membangunkan kerangka awal Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia dalam perjalanan Malaysia menjadi negara tua pada tahun 2030,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian makmal itu di sini hari ini.

Menurut Nancy, KPWKM turut memberi fokus dalam menjadikan penjagaan warga emas sebagai kerjaya profesional dengan memperkasa program latihan penjagaan kepada petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini termasuk kepada penjaga-penjaga di pusat jagaan swasta dan di rumah melalui pakej latihan secara menyeluruh di seluruh negara,” ujarnya.

Selain itu, katanya, KPWKM juga dalam usaha untuk memperkasa Praktis Kerja Sosial melalui penggubalan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial bagi memastikan penjagaan dan perlindungan kepada warga emas, kanak-kanak dan OKU serta pengurusan isu-isu sosial di negara ini lebih berkualiti.

Dalam pada itu, menerusi sidang akhbar, Nancy berkata, KPWKM menyasarkan untuk melahirkan seramai 385 pelatih berkemahiran dalam penjagaan pada tahun ini termasuk dalam kalangan lelaki.

“Sebenarnya kita telah mula (dari tahun 2018) sampai hari ini dengan terdapat seramai 655 (pelatih berkemahiran), dan sasaran KPWKM untuk tahun ini adalah seramai 385 orang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN