SUBANG JAYA: Polis menahan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat swasta kerana dipercayai memiliki ganja seberat 35.7 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM111,640 di tepi jalan di USJ 4 di sini pada 10 Mei lalu. Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 11.20 malam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hasil…










