Mangsa letupan bom di Tak Bai akan jalani sesi kaunseling

Mangsa letupan bom di Tak Bai akan jalani sesi kaunseling

RAKYAT Malaysia yang terlibat dengan insiden letupan bom di Tak Bai, Thailand akan diberikan kaunseling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) dinaiki mereka terkena letupan bom buatan sendiri (IED) yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, Thailand akan menjalani sesi kaunseling.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, keutamaan ketika ini adalah memberi rawatan terhadap kecederaan fizikal sebelum disusuli sokongan lain selepas keadaan mangsa benar-benar stabil.

Katanya, keadaan kedua-dua mangsa stabil dan hanya Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Rakan kepada Abdullah Syarapi sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam.

“Kita akan memantau keadaan mangsa dari masa ke semasa. Mangsa mengalami kecederaan patah paha,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia 29 Jun lalu melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas SUV dinaiki mereka terkena letupan IED yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai.

Susulan itu, pi­hak berkuasa Thailand mendakwa pengeboman yang mencederakan dua rakyat Malaysia dalam insiden letupan bom di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini kelmarin dilakukan kumpulan pemisah Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).

Komander Pasukan Petugas Khas Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Yodawut Phungpha berkata, siasatan menunjukkan tingkah laku dan tatacara perbuatan itu menyamai tindakan BRN di tiga wilayah Selatan Thai sebelum ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN