PUTRAJAYA: Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang antara lainnya bagi memastikan kestabilan negara dan mengelakkan perpecahan khususnya berkaitan 3R (agama, raja, kaum). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perincian draf terbabit sedang dimuktamadkan dan akan diserahkan kepada majlis kerja tertinggi (MKT) semua parti politik kerajaan serta pembangkang untuk diluluskan. Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, draf itu juga akan memberi fokus…