Miskin punca lepasan SPM tidak sambung belajar

Miskin punca lepasan SPM tidak sambung belajar

RAZLI Che Razak (tengah) merasmikan penutup program Jom Masuk U Zon Timur di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Masalah kemiskinan menjadi punca lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, selain itu mempunyai keluarga berpendapatan rendah turut menjadi penyumbang kepada masalah tersebut.

Menurutnya, UMK mengambil inisiatif dengan melantik 27 duta UMK yang merupakan penuntut terbaik bertindak sebagai wakil dalam menarik minat pelajar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

“UMK turut melaksanakan sekolah angkat di kawasan pedalaman menerusi kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Sebanyak 22 sekolah angkat di seluruh Kelantan bekerjasama menerusi pelbagai program yang ditata kelola oleh pensyarah dan duta UMK yang dilantik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian penutup Program Jom Masuk U 2024 Zon Timur di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN