HULU SELANGOR: Pas menegaskan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya selagi beliau tidak melanggari undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan atau negeri. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, seseorang tidak dibuktikan bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Menurutnya, Pas tidak melakukan sebarang perbincangan berhubung kedudukan Mohd. Shukri sebagai Menteri Besar Perlis. “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya kecuali dia melanggar perkara-perkara yang ditetapkan oleh…