PETALING JAYA: Malaysia mengekalkan pendirian mengambil sikap berkecuali dalam ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China sekali gus menolak untuk terbabit dalam ‘perang dingin’ membabitkan kedua-dua kuasa besar tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi soal jawab pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun, turut menggunakan istilah ‘tersangat neutral’ bagi merujuk pendirian Malaysia terhadap kedua-dua negara tersebut. Beliau menegaskan bahawa, Malaysia dan negara…










