“KATA ibu, sejak kecil saya obses dengan muzik. Umur enam tahun, kalau ke tandas pun saya bawa gitar,” – Aziz Harun membuka kenangan. Sesekali meneguk air, membasah tekak kerana temu ramah di petang yang bahang gara-gara El Nino itu. Penyanyi asal Brunei ini tetap tersenyum manis, menyambung cerita bagaimana muzik telah memilihnya sejak muda. “Ibu antara individu awal yang perasan saya mencintai muzik. Tapi saya tidak gemar bernyanyi. “Kalau belikan…