Lihat rekod prestasi dalam buat pilihan mengundi

Lihat rekod prestasi dalam buat pilihan mengundi

Caption: Abdul Halim (tengah) bersama penerima sumbangan bakal haji di Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Taman Desa Jaya, Johor Bahru, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengundi di Kuala Kubu Baharu perlu rasional dalam membuat keputusan berikutan strategi kempen memburuk-burukkan lawan serta fitnah sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Setiausaha UMNO Johor, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, prestasi cemerlang kerajaan perpaduan yang memerintah Selangor seharusnya menjadi ukuran buat pengundi pada hari pengundian, 11 Mei ini.

“Jika kita melihat rekod prestasi kerajaan perpaduan di Selangor, mereka berjaya membuktikan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

“Rakyat sekarang sudah bijak. Kalau dulu membuatkan kita dalam dilema dan tak menentu kerana kesalahan dan kesilapan kita untuk memilih calon yang mewakili kita nanti,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Tebrau itu berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Taman Desa Jaya di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yakin walaupun mempertaruhkan calon muda, DAP mampu mempertahankan kerusi tersebut kerana pengundi yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum menghargai jasa kerajaan perpaduan.

Ujarnya, kerajaan perpaduan merupakan kerajaan campuran yang utuh terdiri daripada pelbagai parti politik yang memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum seperti UMNO, DAP dan PKR. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN