Lapan maut ditikam lelaki kurang siuman - Utusan Malaysia

Lapan maut ditikam lelaki kurang siuman

Tikam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seramai lapan orang maut dan seorang lagi cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki berusia 53 tahun di bandar Xiaogan, wilayah Hubei.

Insiden tikaman yang berlaku pagi Khamis semalam, melibatkan suspek bernama Lu yang mempunyai rekod penyakit mental.

Suspek berjaya diberkas oleh pihak polis, manakala mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil.

Walaupun kes jenayah melibatkan penggunaan senjata api jarang berlaku di China disebabkan rakyatnya dilarang memiliki senjata, namun, terdapat peningkatan dalam kes tikaman.

Isnin lalu, seorang wanita menggunakan pisau buah menikam dua individu dan empat mangsa lain cedera di sebuah sekolah rendah di wilayah Jiangxi. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya