CAMERON HIGHLANDS: Masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands seperti yang berlaku pada musim cuti sekolah ketika ini boleh diatasi jika lebih banyak tempat letak kenderaan disediakan. Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) A. Dilip Martin berkata, ini kerana punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas adalah di kawasan Kea Farm, sedangkan kawasan tersebut tidak mempunyai kawasan parkir yang mencukupi. Menurutnya, dengan kekurangan parkir di situ, pelancong tiada tempat…










