Kongres pula gesa tukar tarikh umum  keputusan SPM

Kongres pula gesa tukar tarikh umum  keputusan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda tarikh mengumumkan  keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 27 Mei ke tarikh lain.

Presidennya, Juhari Mohamad Noor berkata, tarikh tersebut kurang sesuai kerana  kebanyakkan guru sudah merancang percutian dan membeli tiket penerbangan untuk pulang ke kampung termasuk ada kalangan guru- guru yang bakal mengerjakan haji.

Menurut beliau, tarikh yang sesuai sebelum cuti penggal persekolahan 1 iaitu pada 23  Mei atau seawal pembukaan sekolah sesi penggal kedua pada 06 Jun 2024.

“Jika tarikh ini dikekalkan ia akan menyusahkan pihak sekolah kerana ia memerlukan para guru untuk hadir menguruskan edaran slip keputusan peperiksaan terutama yang terlibat sebagai guru kelas dan guru yang mengajar subjek SPM.

“Pihak Kongres merayu pertimbangan rasional agar pihak KPM  meminda  tarikh keputusan SPM  ke tarikh yang bersesuaian demi memastikan kesejahteraan dan kemudahan guru- guru di waktu cuti persekolahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, keputusan SPM 2023 melibatkan 395,870 orang calon bakal diumumkan pada 27 Mei ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, calon yang menduduki peperiksaan di sekolah, boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN