KOTA KINABALU: Prosedur yang tidak telus dalam pelaksanaan projek menyebabkan banyak projek-projek yang diluluskan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu masih belum dapat dilaksanakan. Susulan itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengambil inisiatif untuk melakukan penyelarasan di peringkat kementerian dengan kerjasama exco-exco luar bandar untuk membolehkan pelaksanaan projek yang tertangguh dapat disegerakan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan prosedur…