Kementerian cadang Rukun Negara dalam Perlembagaan

Kementerian cadang masukkan Rukun Negara dalam Perlembagaan

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara bercadang untuk memasukkan Rukun Negara ke dalam Perlembagaan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini kerana elemen Rukun Negara itu dilihat sesuai untuk diserapkan ke dalam Perlembagaan dan boleh mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan di peringkat undang-undang dan belum dibawa ke Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kepemimpinan Tun Razak di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Seramai 75 peserta menyertai program Kepemimpinan Tun Razak yang dianjurkan oleh Yayasan Tun Razak.

Terdahulu dalam ucapannya, Aaron berharap semua pelajar yang terpilih dalam program kepimpinan tersebut terus berada dalam ekosistem perpaduan yang disediakan oleh kementerian.

“Saya berharap semua pelajar dapat menjadi ejen perpaduan dalam menyebarkan nilai kebersamaan kepada seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN