Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah Celsius

Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah Celsius

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pentadbir sekolah dibenar melakukan penutupan sekiranya cuaca panas mencecah suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan (KPM), Hirudin Mohit berkata, ia bagaimanapun perlu terlebih dahulu diisytiharkan sebagai gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
Katanya, langkah itu selaras dengan garis panduan KPM yang telah berkuat kuasa sejak 2023.

“Aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan dalam keadaan suhu kurang daripada 35 darjah Celsius.

“Aktiviti luar juga perlu ditangguhkan sekiranya berlaku peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Libat Urus Bersama Media: Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Barat Daya Tahun 2026, di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Pulau Meranti, Puchong hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, fenomena El Nino yang dijangka bermula Jun berpotensi menjadi kuat dan boleh mencapai tahap ‘Super’ dengan kebarangkalian meningkat sehingga 96 peratus menjelang hujung tahun ini hingga awal tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN