Kalau saya nak bodek, 20 tahun dulu sudah buat - Gambit - Utusan Malaysia

Kalau saya nak bodek, 20 tahun dulu sudah buat – Gambit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Gambit Saifullah, menegaskan menjadi seorang yang berprinsip dan jujur adalah resepinya untuk bertahan di dalam industri hiburan sejak 20 tahun lalu.

Gambit atau Mohd Saifullah Rosli tidak pernah membodek mana-mana pihak untuk mendapatkan tawaran pekerjaan sebaliknya memberikan fokus kepada kualiti lakonan.

“Saya jujur dengan diri sendiri dan hidup dengan pegangan. Ada pihak yang ‘gosok-gosok’ untuk dapat sesuatu. Kalau saya nak bodek, sejak 20 tahun lalu saya sudah buat.

“Namun saya percaya, itulah yang membawa di mana saya berada sekarang. Betul, saya memilih karya dari skrip, karakter sehinggalah saluran mana sesuatu projek itu akan ditayangkan.

“Ini kerana, setiap saluran mempunyai penontonnya yang tersendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dengan lambakan ramai pendatang baru, pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu tidak tergugat kerana percaya bahawa setiap naskhah memerlukan ciri pelakon yang berbeza.

“Saingan tetap akan ada sebab ini industri hiburan. Mereka (pelakon) muda, tapi pengalaman berbeza. Saya tidak rasa tergugat kerana perkara yang saya mahukan berbeza. Saya tidak tahu keinginan mereka.

“Sebagai manusia kita akan tua. Mahu rasa tergugat atau tidak sekalipun, proses menua itu akan tetap berlaku.

“Sejujurnya dalam dunia seni, semua ini adalah perniagaan. Ada yang mengukur kejayaan dengan rating manakala ada pula yang berpendapat jika sesuatu karya itu boleh menyentuh penonton, sudah cukup,” katanya.

Gambit bagaimanapun teringin membawakan watak lelaki kurang upaya untuk mencabar kreadibilitinya sebagai pelakon.

“Saya memang menyukai watak dan naskhah yang eksentrik. Sebagai pelakon, tugas saya bukan sahaja untuk berkongsi naskhah namun juga untuk memberi ilmu dan perkara yang baik kepada penonton,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya