PASIR SALAK: Juruterbang pesawat dinasihat membuat persediaan termasuk mengkaji keadaan cuaca sebelum melakukan penerbangan supaya perjalanan selamat dan teratur. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, juruterbang perlu mendapatkan nasihat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi memastikan penerbangan selamat. “Sejak saya menjawat jawatan Ketua Polis Perak, ada empat kejadian nahas pesawat yang berlaku di negeri ini dan kita dapat selesaikan kes-kes ini menerusi siasatan yang dibantu agensi-agensi…