JETCO galak pelabur asing guna teknologi hijau

JETCO galak pelabur asing guna teknologi hijau

Hasni (tengah) bergambar bersama penerima bantuan haji dalam Rumah Terbuka UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor Bahru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (Jetco) di Singapura menggalakkan pelabur asing khususnya dari republik itu supaya beralih kepada penggunaan teknologi hijau bagi mengembangkan perniagaan di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berkata, cadangan itu bagi membolehkan syarikat mengurangkan kebergantungan dan menggunakan bekalan air dan tenaga elektrik yang tinggi.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, langkah itu bagi membolehkan kerajaan negeri memenuhi keperluan pelabur selain menyahut inisiatif melestarikan alam sekitar.

“Menjadi peranan Jetco untuk meninjau sama ada pelabur luar khususnya di Singapura bersedia atau tidak untuk menambah baik operasi mereka, beralih kepada teknologi yang mengurangkan penggunaan air atau teknologi yang menggunakan tenaga hijau.

“Jetco cadangkan perkara ini kepada pelabur semasa mereka berjumpa kerajaan negeri nanti dan membangkitkan soal bekalan utiliti. Jadi, mereka boleh dapat satu pengesahan, tidak lagi terlalu bergantung (sumber tenaga) dengan TNB.

“Ini semua kita lihat dan syaratkan (penggunaan teknologi hijau) dan dalam tempoh lima tahun ini kena mula,” katanya dalam sidang akhbar di Rumah Terbuka UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi di sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Ramlee Bohani merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Mad Shukor.

Mengulas lanjut, Hasni memberitahu, kerajaan negeri mencari alternatif terbaik jika pelabur masih mahu bergantung kepada bekalan tenaga elektrik yang tinggi sehingga kapasiti 300 megawatt (MW),  tetapi tidak mampu bekalkan, kerajaan negeri perlu mencari sumber tenaga alternatif.

“Sekiranya mereka masih mahu bergantung kepada penggunaan bekalan elektrik yang tinggi sehingga 300MW, Kita tidak boleh nak bekalkan. 

“Jadi, Jetco perlu maklumkan isu ini pada kerajaan negeri dengan mencari alternatif lain yang kerajaan negeri boleh disediakan bagi memastikan pelaburan itu berhasil,” ujarnya.

Ditanya sama ada pusat data di Taman Teknologi Sedenak, Kulai, dekat sini yang dijadualkan siap menjelang suku tahun kedua 2024 dan antara kampus pusat data terbesar di Asia Tenggara mampu membekalkannya, Hasni berkata, sumber tenaga itu perlu diperoleh dari pusat lain di negeri ini.

Beliau mencadangkan sumber tenaga tersebut dibekalkan dari pusat data baharu di negeri ini yang akan dibangunkan di Pasir Gudang. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN