Jenazah A. Halim selamat dikebumi

Jenazah A. Halim selamat dikebumi

Anak bongsu Allahyarham A. Halim, Fezree Halim mengimamkan solat jenazah bapanya di Masjid Al Falah, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarham Halim Md. Diah atau A. Halim selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang kira-kira pukul 4 petang ini.

Sebelum itu jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid Alfalah Bandar Seri Alam selepas dibawa dari Hospital Penawar, Pasir Gudang kira-kira pukul 1.20 petang.

Solat jenazah diimamkan oleh anak bongsu Allahyarham iaitu Fezree Halim 36, bersama kira-kira 100 jemaah termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Penyanyi 60-an yang popular dengan lagu Salam Mesra dan Kisah Dan Tauladan A. Halim  menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.01 di Hospital Penawar, Pasir Gudang disini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Bahrin 75,  enam anak, 24 cucu dan lima cicit.

Anak sulung Allahyarham Haslinda Halim berkata, pemergian bapanya yang di panggil papa amat dirasai kerana mereka enam beradik amat rapat walaupun sudah berumah tangga.

“Saya reda dengan pemergian papa, semoga papa ditempatkan bersama orang beriman dan bertakwa,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas selesai majlis perkebumian.

Allahyarham yang merupakan penyanyi irama pop yeh yeh lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu. -UTUSANhttp://UTUSAN.COM.MY

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN