Keikhlasan 40 tahun mendidik diiktiraf JAIM

Keikhlasan 40 tahun mendidik diiktiraf JAIM

Syamsiah Zakaria menerima Anugerah Tokoh Guru JAIM daripada Ab. Rauf Yusoh pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), di Banda Hilir kelmarin. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dedikasi bekas Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Paya Rumput, Syamsiah Zakaria, 61, dalam mendidik anak bangsa, berbalas apabila dinobatkan sebagai Tokoh Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Bermula dengan gaji hanya RM150 sebulan ketika memulakan kerjaya sebagai guru agama pada 1985, katanya, anugerah itu penghargaan terhadap dirinya dan pengiktirafan kepada seluruh warga pendidik JAIM yang berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Katanya, perjalanan sebagai guru agama bukan sesuatu yang mudah kerana ketika mula berkhidmat, imbuhan diterima jauh lebih rendah selain profesion itu dipandang sebagai kerjaya kelas kedua.

“Saya bermula dengan gaji RM150 sebulan. Ketika itu ramai menganggap guru agama berada dalam kelompok kelas kedua.

“Walaupun menerima tawaran pekerjaan lain, saya tetap memilih menjadi guru kerana mengenangkan hasrat arwah ayah yang mahu saya meneruskan profesion perguruan,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu semalam.

Anak kepada seorang guru ini, sentiasa menjadikan ayahnya sumber kekuatan sehingga beliau mampu bertahan hampir 40 tahun dalam dunia pendidikan.

“Alhamdulillah, berkat doa dan dorongan arwah ayah, saya tidak pernah menyesal memilih jalan ini walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang kerjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN