PUTRAJAYA: Sebarang perbincangan rasmi bersama Singapura mengenai cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura hanya akan dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Kabinet. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pada ketika ini, kertas kerja berkaitan cadangan tersebut masih berada di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) dan masih menunggu waktu sesuai untuk dibentangkan kepada Kabinet. “Memang ada perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Singapura dalam pelbagai perkara antaranya HSR, namun…










