PETALING JAYA: “Kamu tanya dia.”
Demikian respon pelakon, Tracie Sinidol, 25, yang dikatakan intim dengan pelakon Haris Hamdan.
Menurut Tracie, Haris hanya teman biasa dan mereka sering berjumpa atas urusan kerja.
“Kami berkenalan menerusi acara, lepas tu kerap berjumpa kerana penggambaran drama. Kami memang rapat, ibarat satu keluarga besar.
“Jadi untuk mengatakan saya ada hubungan istimewa dengan Haris adalah salah.
“Kami sekadar kawan rapat sahaja, tidak lebih daripada itu,” kongsinya sempena sesi bersama media dengan barisan pelakon Dendam Seorang Mentua di Astro baru-baru ini.
Sementara itu, Disoal mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Tracie memaklumkan tertarik kepada lelaki yang lebih tua.
“Saya suka orang yang lebih berusia,” katanya ringkas.
Ditanya tentang pengalaman berlakon bersama Datuk Yusry Abdul Halim menerusi dendam seorang mentua, Tracie menyifatkan beliau seorang senior yang sangat membantu dan mudah mesra.
“Beliau sangat mesra dan banyak membantu. Sebelum bermula penggambaran, beliau akan melakukan latihan bersama-sama.
“Kami kerap berjumpa, jadi lama kelamaan keserasian itu berlaku dengan sendirinya. Abang (Yusry) pun jenis yang mudah mesra, jadi tidak kekok,” ujarnya.










