PETALING JAYA: Hasil Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan anak lelaki kepada Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan beberapa individu lain dijangka diperoleh minggu depan. Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan individu-individu berkenaan sedang disiapkan. “SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya Rabu depan,” katanya menurut Sinar…










