‘Haram’ ahli Pas tak keluar mengundi bukan fatwa

‘Haram’ ahli Pas tak keluar mengundi bukan fatwa

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kenyataan Se­tiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyifatkan ‘haram’ jika ahli-ahli parti itu yang berdaftar tidak menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini adalah sebagai satu bentuk motivasi bukannya fatwa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, ahli Pas khususnya boleh menjadikan seruan tersebut sebagai motivasi agar dapat membuat penilai­an bagi memilih calon terbaik.

Katanya, antara dua calon berkenaan iaitu dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah pastinya calon daripada PN itu lebih baik serta kurang mudarat berbanding PH.

“Ia adalah suatu motivasi supaya orang Pas boleh menilai kedua-dua calon tersebut. Sudah pastinya kedua calon tersebut ada kebaikan dan kelemahan namun dalam Islam pilih yang mana lebih manfaat dan kurang mudarat.

“Atas dasar itu, wajib undi calon PN yang atas dasar mana lebih berfaedah iaitu lebih manfaat dan kurang mudarat. Ia bukan fatwa namun lebih sekadar motivasi.

“Saya yakin Setia­usaha Agung mahu menekankan kepada ahli Pas supaya keluar me­ngundi bagi memastikan kemenangan calon PN,” katanya.

Baru-baru ini, Takiyuddin menyifatkan adalah ‘haram’ jika ahli-ahli Pas yang berdaftar tidak tunaikan tanggungjawab mengundi Sabtu ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu menegaskan perkara berkenaan bukan satu ‘fatwa’ sebaliknya arahan untuk ahli Pas yang layak me­ngundi di kawasan itu bagi memastikan kemenangan calon PN, Khairul Azhari Saut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya