SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan berlaku penutupan bekalan air selama tiga hari di seluruh negeri ini dan Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 Mei depan. Mesej tular itu mendakwa penutupan pada tarikh berkenaan kerana kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak berkaitan. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, pihaknya terkejut apabila menerima sebaran mengenai perkara itu di aplikasi WhatsApp dan menafikan sekeras-kerasnya berita palsu tersebut. “Tiada penutupan bekalan air atas kerja-kerja…