Fleximart tawar peluang niaga kepada anak muda

Fleximart tawar peluang niaga kepada anak muda

Fleximart
MOHD. Rafizi Ramli bergambar bersama pengunjung pada pembukaan Fleximart dekat Seksyen 7, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIERA KHAIRULAZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Konsep perusahaan sosial Fleximart dijangka mampu membuka peluang baharu kepada belia untuk menjana pendapatan dan belajar mengurus perniagaan sendiri.

Malah ia menggunakan model perniagaan menawarkan harga minuman dan makanan siap di bawah RM5 yang dijangka menurunkan kos sara hidup melalui penawaran harga sedemikian.

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, model perniagaan itu diperkenalkan bagi menangani tiga isu utama dalam masyarakat iaitu halangan tinggi untuk memulakan perniagaan, kesukaran anak muda mempelajari asas pengurusan perniagaan serta harga makanan yang semakin mahal.

Beliau berkata, sebelum ini modal yang diperlukan untuk mengendalikan sebuah cawangan mencecah setengah juta ringgit, termasuk bayaran francais, ubah suai dan kos operasi,

Namun katanya, menerusi model Fleximart, kos permulaan hanya sekitar RM150,000 kerana ditanggung secara bersama oleh rakan kongsi melalui susunan ‘musyarakah’.

“Melalui kaedah itu, setiap rakan kongsi berkongsi risiko dan potensi pendapatan tanpa perlu menanggung bayaran francais atau kos tetap yang tinggi. Ia membolehkan lebih ramai anak muda menceburi bidang keusahawanan.

“Fleximart menyediakan peluang kepada golongan muda berumur antara 25 hingga 27 tahun yang selama ini hanya bergantung kepada gaji bulanan sekitar RM2,500, untuk berperanan sebagai operation partner.

“Mereka akan menerima gaji asas sekitar RM2,000 sebulan dan turut mendapat bahagian keuntungan bersih selepas ditolak kos operasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis pembukaan Fleximart, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, fokus utama Fleximart ialah menyediakan makanan dan minuman berkualiti pada harga rendah, khususnya kepada golongan pelajar dan pekerja muda yang menghargai hidangan bawah RM5.

“Selama ini kita menormalisasi harga minuman RM14 hingga RM15, sedangkan kos sebenar jauh lebih rendah. Kami mahu ubah persepsi itu dan buktikan kualiti baik tidak semestinya mahal.

“Berdasarkan pengiraan, secawan Americano boleh dijual pada harga RM4 manakala latte antara RM5 hingga RM6 walaupun menggunakan biji kopi premium,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×