Dasar tidak popular adalah keperluan - Utusan Malaysia

Dasar tidak popular adalah keperluan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dasar tidak popular di mata rakyat yang digubal adalah keperluan di pihak kerajaan dan pelaksana untuk mengerakkannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan  selain mengambil sikap berani untuk memperbetulkanna berbanding lepas tangan.

Kata beliau, tumpuan utama Kerajan Perpaduan adalah untuk menangani masalah struktual yang menjadi masalah pokok sehingga melemahkan sendi dan kekuatan ekonomi negara.

“Sekiranya saya pilih untuk lepas tangan, beban yang lebih parah akan ditanggung oleh generasi akan datang.

“Saya tidak mahu dicerca di kemudian hari, justeru saya pilih untuk dikritik sekarang. Saya pilih untuk jadi berani dan saya pilih untuk bawa perubahan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.

Anwar berkata, negara berhadapan dengan dua masalah struktual iaitu ekonomi rakyat dan ekosistem perniagan yang hambar, selain kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan lemah.

Jelasnya, sebelum dua masalah tersebut diselesaikan, kerajaan perlu menangani isu pokok iaitu kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sistematik serta bermaharajalela.

“Semua tahu prinsip dan perjuangan saya dalam soal memerangi rasuah kerana inilah barah utama yang melemah ekonomi negara serta menjatuhkan moral dan keyakinan rakyat.

“Pada tahun pertama saya telahpun menoktahkan amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan dan beralih ke sistem tender terbuka. Sekian lama rundingan terus yang tidak telus telah membazirkan wang rakyat dan terdedah kepada rasuah. Ini telah pun dihentikan,” katanya.

Menjawab persoalan rakyat mengenai mengapa kerajaan tidak mengenakan hukuman terhadap perasuah, Anwar berkata, semua pihak perlu memahami jalur hukum serta proses mahkamah yang perlu bebas dan mengambil masa.

“Ini hendaklah dihormati oleh semua pihak. Kerajaan tidak akan masuk campur proses kehakiman dan beri ruang sepenuhnya kepada agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memperhebat usaha membanteras rasuah dan ketirisan hasil negara habis-habisan.

“Selain itu, peranan Jabatan Audit Negara juga diperkasa supaya tatakelola dalam perkhidmatan awam dapat ditambah baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN