Byeon Woo-seok sukar tinggalkan karakter Seon-jae - Utusan Malaysia

Byeon Woo-seok sukar tinggalkan karakter Seon-jae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon Byeon Woo-seok, mengaku dirinya sukar untuk meninggalkan karakter Ryu Seon-jae yang dilakonkannya menerusi drama Lovely Runner.

Katanya, dia terlalu menyukai dan belum sedia untuk berpisah dengan karakter berkenaan.

“Saya sangat mencintai karakter Seon-jae. Rasa seperti mimpi saya sudah berakhir.

“Saya belum bersedia untuk berpisah dengan karakter itu,” katanya.

Byeon mencuri tumpuan selepas episod akhir drama genre komedi romantik itu mencatat rating tertinggi sepanjang bersiaran pada Selasa lalu.

Bercerita lanjut, Byeon mengakui babak konsert adalah bahagian paling mencabar dalam berkenaan.

“Dalam babak itu, saya perlu menjadi seorang bintang K-pop yang mengadakan konsert besar-besaran.

“Saya tertanya-tanya juga bolehkah saya menjayakan babak itu dengan baik. Tapi melihat rakan pelakon yang lain berusaha menampilkan lakonan terbaik mereka, saya juga harus melakukan perkara sama.

“Jika penonton merasakan adegan itu berjaya, semua itu berkat sokongan ahli band yang berada di sisi saya,” katanya lagi.

Byeon memaklumkan dia menyanyikan sendiri lagu Sudden Shower, yang menjadi runut bunyi drama tersebut.

Lagu tersebut popular dan memasuki carta platform penstriman seperti Melon dan Spotify.

“Sebelum ini saya pernah berangan menyanyikan lagu untuk drama.

“Siapa sangka impian itu jadi kenyataan menerusi drama yang saya sendiri berlakon sebagai watak utama,” jelasnya.

Lovely Runner menceritakan tentang Seon-jae, seorang selebriti popular di Korea Selatan. Manakalala Im Sol seorang gadis yang mengalami kecacatan kaki merupakan peminat setianya.

Suatu hari Seon-jae mati dibunuh. Im Sol diberi kuasa untuk kembali ke usia 19 tahun demi menyelamatkan Seon-jae.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN