ALOR SETAR: Bomba menafikan kejadian tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini seperti yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, kebakaran rumah dua tingkat pada petang semalam itu tidak melibatkan mangsa. Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.27 petang dengan kebakaran mengakibatkan rumah musnah 90 peratus, manakala sebuah kereta jenis Proton Waja rosak lima peratus. “Difahamkan terdapat seorang kanak-kanak yang sedang tidur di dalam rumah itu ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya