HULU SELANGOR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor disifatkan sebagai parti yang lupa asal usul apabila mengetepikan pemimpin yang membantunya berkembang sejak awal di negeri tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, beliau kecewa dengan Bersatu Selangor yang mempinggirkannya selepas sembilan tahun berjuang bersama parti tersebut. Malah, menurut beliau, perkara tersebut menyebabkan dirinya sebelum ini mengambil keputusan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dan Menteri Besar…










