KLANG: Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu dinasihatkan berunding dengan speaker dewan masing-masing bagi menentukan keperluan pengosongan kerusi-kerusinya. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, speaker yang akan menentukan kekosongan tersebut dan Bersatu perlu berbincang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan perlembagaan mereka. “Justeru, Bersatu perlu berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat dan negeri jika kesemua kerusi ini didapati kosong, memandangkan…