KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menggalakkan pemilik memasang kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) pada kenderaan masing-masing untuk merakam dan merekodkan situasi yang berlaku di jalan raya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya menerima banyak cadangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam pada kenderaan. “Tetapi, untuk mewajibkan perkara baharu ia merupakan satu cabaran. Setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (mewajibkan), tetapi kita galakkan terutama kenderaan baharu untuk dipasang dashcam,” katanya dalam…










