PENAMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perkara-perkara yang disepakati dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan dan tidak lagi tertangguh. Beliau berkata, kerajaan negeri dan Persekutuan akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu MA63. Walau bagaimanapun, beliau mahu tuntutan yang dibuat harus mengambil kira perubahan yang berlaku. “Sejak saya menjadi Perdana Menteri, saya telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mempengerusikan (Jawatankuasa Teknikal MA63) kerana hal…









