Anak MB Perlis didakwa buat tuntutan palsu RM19,505.10

Anak MB Perlis didakwa buat tuntutan palsu RM19,505.10

MOHD. Syafeeq Mohd. Shukri tiba di pekarangan mahkamah bagi menghadapi pendakwaan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19, 505.10 di Mahkamah Sesyen, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Anak kepada Menteri Besar Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd. Shukri, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan  yang dibacakan di hadapan Hakim, Norsalha Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Syafeeq didakwa  memberikan satu dokumen kepada seorang ejen yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya.

Tertuduh didakwa dengan niat memperdayakan dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan dan Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 14 Februari 2024 berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di HTF di sini.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri pada 19 Februari lalu.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Terdahulu, Mohd Syafeeq tiba di  Kompleks Mahkamah Kangar sekitar pukul 8 05 pagi dengan berpakaian jaket berwarna hitam dan diiringi pegawai SPRM

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rehab Abdul Shukor mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin tempatan dan syarat tambahan di mana passport miliknya diserahkan pada mahkamah selain perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga gas dan petani serta meraih pendapatan bulanan sekitar RM1,500 sebulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta memerintahkannya melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran sehingga kes selesai.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh bagi sebutan semula kes.

Mohd Syafeeq turut membayar wang jaminan ditetapkan mahkamah tersebut. 

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penahanan reman anak kepada Menteri Besar Perlis itu bersama seorang pegawai kanan kerajaan negeri dan empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Mohd Syafeeq ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Selain itu, Mohd. Shukri turut dilaporkan telah diambil keterangan oleh SPRM sebelum ini berhubung dakwaan salah guna kuasa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN