ABIM gesa semua pihak tidak buat spekulasi insiden serang balai polis

ABIM gesa semua pihak tidak buat spekulasi insiden serang balai polis

AHMAD FAHMI MOHD. SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram supaya tidak mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, mereka seharusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan penuh. 

“ABIM menggesa rakyat Malaysia agar bertenang dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

“Dalam keadaan seperti ini, setiap warganegara perlu melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara keharmonian dan ketenteraman awam.

“Rakyat perlu sama-sama mengukuhkan solidariti sebagai suara majoriti sebagai kuasa untuk menangkis sebarang anasir ekstrem di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Awal pagi tadi, dua anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram, Johor maut selepas diserang suspek dipercayai ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Setakat ini polis telah menahan tujuh individu termasuk bapa kepada suspek utama dalam serangan maut itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN