Kerajaan perlu tolak anti-Palestin jadi Duta AS

Kerajaan perlu tolak anti-Palestin jadi Duta AS

gaza
AHMAD FAHMI MOHD. SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan agar menolak pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, susulan rekod kenyataan beliau yang bersifat ekstrem, anti-Palestin dan menolak prinsip hak asasi manusia sejagat.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, pendirian dan sikap Adams dilihat bercanggah dengan nilai masyarakat majmuk serta dasar luar negara ini yang menjunjung prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat.

“Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar luar berpaksikan prinsip Madani, termasuk memperjuangkan maruah insan, solidariti kemanusiaan dan keamanan sejagat perlu mempertahankan kedudukan tersebut dengan penuh hemah.

“Kerajaan wajar meneliti secara kritikal kesan jangka panjang terhadap hubungan dua hala sekiranya pelantikan ini diteruskan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Fahmi berkata, Malaysia juga mempunyai hak penuh untuk menolak mana-mana calon duta asing yang tidak mencerminkan semangat saling menghormati antara negara, sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 4 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Jelasnya, penolakan calon yang membawa pandangan yang bertentangan dengan nilai keadilan dan hak asasi antarabangsa adalah penting bagi memastikan hubungan diplomatik yang dibina tidak terjejas oleh unsur-unsur yang boleh merosakkan persefahaman bersama.

Pencalonan Adams oleh Presiden AS, Donald Trump sebagai Duta AS ke Malaysia telah mencetuskan reaksi balas daripada beberapa pertubuhan masyarakat sivil, susulan kenyataan-kenyataan lamanya yang didakwa bersifat Islamofobia dan pro-Zionis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN