Balai Polis Ulu Tiram: Anggota cedera dibenar keluar hospital

Balai Polis Ulu Tiram: Anggota cedera dibenar keluar hospital

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Anggota polis yang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu telah dibenarkan keluar Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, anggota terbabit, Koperal Mohd. Hasif Roslan, 38, kini dalam keadaan stabil.

Menurut beliau, Mohd. Hasif diberi cuti rehat dua bulan sebelum boleh kembali bertugas.

Katanya, sepanjang tempoh itu, dia juga akan diberi rawatan kaunseling untuk pulih daripada trauma.

“Dalam serangan berkenaan, dia menerima dua das tembakan, masing-masing di bahu dan pinggul dengan kedua-dua peluru itu menembusi badan.

“Di HSI, dia diberi rawatan bagi merawat dua luka kecederaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd. Hasif yang mempunyai tiga orang anak berusia 1, 3 dan 8 tahun, dirawat di HSI selama sembilan hari akibat kecederaan itu.

Dalam kejadian serangan pada 17 Mei lalu itu, dua anggota polis iaitu Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24 maut akibat dibunuh.

Suspek yang berusia 21 tahun itu turut ditembak mati dalam insiden berkenaan.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, lima ahli keluarga suspek termasuk ibu, bapa dan adik beradiknya kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tambahnya, polis turut merakam keterangan seramai 47 saksi berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN