8 individu mengaku tak bersalah urus rumah judi terbuka

Lapan individu mengaku tak bersalah urus rumah judi terbuka

LAPAN individu termasuk seorang lelaki warga asing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah judi terbuka ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Lapan individu terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah judi terbuka, 9 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap mereka yang berusia antara 22 tahun hingga 39 tahun itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara bersama di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan iaitu Lee Yee Ling, 34; Chong Jia Seong, 22; Yeoh Eng Wah, 31; Au Yong Chee Hsien, 29; Tan Kuan Yang, 39; Chew Boon Leng, 25; Ng Chee Keat, 25 dan seorang lelaki warga Indonesia, Hari Pamungkas, 22, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas serta penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh warga tempatan manakala tiada jaminan ditawarkan kepada Hari Pamukas.

Peguam, Eng Yuh Pei yang mewakili kesemua tertuduh pula memohon agar wang jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan itu dikurangkan kerana wang tersebut hanya sebagai jaminan awal untuk anak guamnya hadir ke mahkamah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN