YKAT salur bantuan kepada Kadir Mamat

YKAT salur bantuan kepada Kadir Mamat

DJ Dave
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mengumumkan bantuan kepada pelakon veteran, Kadir Mamat akibat tahap kesihatan yang sedikit merosot.

Kadir Mamat atau lebih dikenali sebagai Pokdir Ali Baba dan 40 Penyamun merupakan satu-satunya bintang yang menghiasi filem itu walaupun keadaannya kini agak kurang sihat.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave berkata, YKAT telah membuka tabung sumbangan untuk meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh Kadir.

“Meskipun keadaannya yang kurang sihat, Kadir memerlukan perbelanjaan perubatan dan kos lain yang tinggi.

“Apabila pihak YKAT menerima laporan kewangan daripada pihak bank, kebanyakan penyumbang terdiri daripada semua kaum sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tambahnya, sepanjang bulan Februari 2024, jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM12,259.55.

Selain itu, Kadir juga dijaga rapi oleh isterinya di kediaman mereka di Kelantan.

Sumbangan berbentuk cek dari orang ramai ini juga telah diserahkan Kadir pada baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN