Tinggalkan anak tujuh bulan untuk ke Tanah Suci

Tinggalkan anak tujuh bulan untuk ke Tanah Suci

NURUL Raihan Primuharsa Putra dan suaminya, Mohd. Azam Fazli Abdul Hamid tidak melepaskan peluang setelah menunggu lebih 15 tahun untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri tekad menunaikan haji pada usia muda walaupun terpaksa meninggalkan dua anak yang masih kecil berusia dua tahun dan tujuh bulan.

Menurut penganalisa data dari Bangi, Nurul Raihan Primuharsa Putra, 28, dia telah mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2008 dan setelah menunggu lebih 15 tahun panggilan mengerjakan ibadah tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Sepanjang 40 hari ke Tanah Suci saya akan meninggalkan stok atau bekalan keperluan untuk anak saya terutama anak yang berusia tujuh bulan.

“Memang berat hati untuk berjauhan dengan anak-anak tetapi peluang menjadi tetamu Allah pada usia masih muda menjadi cita-cita setiap umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Kursus Perdana Haji Musim Haji 1445 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam.

Nurul Raihan berkata, dia bersyukur kerana ibu bapanya akan menjaga kedua anaknya sepanjang dia dan suami, Mohd. Azam Fazli Abdul Hamid, 28, berada di Tanah Suci.

Sementara itu, Mohd. Azam yang bekerja sebagai jurutera ber­kata, dia bersyukur dapat meng­iringi isterinya sebagai mahram selepas membuat rayuan.

“Saya teruja untuk me­nu­naikan ibadah haji pada usia muda. Walaupun terpaksa me­ninggalkan kedua anak demi ibadah yang menjadi impian umat Islam ini saya dan isteri nekad.

“Saya juga selalu mendengar pandangan umat Islam yang sudah mendapat haji yang mabrur untuk menunaikan haji pada usia muda kerana banyak tenaga diperlukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN