Bersama tidak bertanding PRN Negeri Sembilan

Bersama tidak bertanding PRN Negeri Sembilan

Logo Parti Bersama
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

 

Bersama dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat bagi  memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN Melaka yang dijangka berlangsung beberapa bulan lagi.

 

Selain itu katanya, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa perbezaan ketara antara landskap politik PRN Negeri Sembilan dan PRN Johor, selain kekangan masa serta sumber.

 

“Persaingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan juga dijangka lebih sengit memandangkan PH merupakan kerajaan negeri sedia ada.

 

“Selain itu, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang turut terkait dengan perkembangan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu hari ini.

 

Pada PRN Johor baru-baru ini, Bersama bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun tewas di kesemuanya dan hilang deposit.

 

Dalam pada itu, Bersama berkata, mesyuarat persediaan awal bagi menghadapi PRN Melaka akan diadakan pada 21 Julai ini untuk mengenal pasti kerusi yang akan ditandingi serta memulakan proses saringan calon supaya mereka dapat diumumkan lebih awal.

 

Proses penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan dijadual berlangsung Sabtu ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN