Pengguna persoal fasiliti di LRT3 mula 'meragam”, meski baru beroperasi   

Pengguna persoal fasiliti di LRT3 mula ‘meragam”, meski baru beroperasi   

kerosakkan pada paparan skrin LRT3
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna pengangkutan awam meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan kualiti kemudahan di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan baharu, LRT3 yang didapati mula rosak meskipun baru beroperasi.

 

Pengguna turut kongsikan video kerosakan yang berlaku di LRT3 antaranya skrin paparan jadual ketibaan dan pelepasan tren di platform yang berkelip-kelip dan ada katanya hilang terus daripada paparan.

 

Seorang pengguna di Thread, @is_jim_00 mempersoalkan kualiti fasiliti tersebut yang disifatkan tidak padan dengan status projek infrastruktur rel berskala besar berkenaan yang baru beroperasi.

 

“Sangat cepat rosak, padahal baru beroperasi hampir sebulan. Skrin paparan kelihatan berkelip dan rosak,” katanya dalam hantaran tersebut yang mendapat respond dan `like’ ramai pengguna lain.

 

Seorang lagi pengguna @aashhrafff turut berkongsi kerosakan skrin di stesen Seksyen 7 yang memaparkan senarai tren ke Johan Setia.

 

“Siapakah pihak yang mendapat projek dalam membekalkan skrin paparan berkenaan?,” soalnya.

 

Seorang pengguna, @mirzaffa pula mempersoalkan sama ada pihak pemaju atau kontraktor hanya menggunakan televisyen komersial biasa yang tidak direka untuk beroperasi dalam tempoh yang panjang.

 

“Televisyen jenama apa dia guna tu? Mana tahan skrin itu kalau guna televisyen yang dihidupkan 18 jam sehari. Kotak (casing) itu pula kedap udara, (menyebabkan) ‘overheat’ televisyen itu,” katanya.

 

Bagi pengguna @jamaludinnoradila turut menyindir dengan memberi komen, sistem pengudaraan di kawasan stesen juga dikesan dengan menggunakan kipas dinding rumah biasa.

 

“Pengudaraan pun pakai kipas rumah… guna la kipas industri… reka bentuk dahulu tak perlu pun kipas… tukar kerajaan, tukar bajet, tukar rekaan… akhirnya tambah kipas rumah sahaja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN