SHAH ALAM: Terminal bas ekspres di bandar raya ini dan Klang Sentral mulai sesak dikunjungi warga perantau yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sejak Jumaat lalu. Malah, dalam tinjauan Mingguan Malaysia pada kedua-dua terminal tersebut mendapati pengunjung sudah pun membanjiri stesen berkenaan sejak pagi bagi mereka yang mengambil cuti lebih awal untuk bertolak. Keadaan dilihat meriah apabila orang ramai dan ahli keluarga membawa bagasi…