SSM sumbang RM67,365 kepada rakyat Palestin

SSM sumbang RM67,365 kepada rakyat Palestin

Datuk Armizan Mohd. Ali, sempena Majlis Raikan Syawal SSM dan disalurkan kepada Tabung Bantuan Kecemasan melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SSM sumbang RM67,365 kepada rakyat Palestin

PETALING JAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyampaikan sumbangan berjumlah RM67,365 sebagai usaha meringankan kesengsaraan rakyat Palestin.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali, sempena Majlis Raikan Syawal SSM dan disalurkan kepada Tabung Bantuan Kecemasan melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

“Bantuan ini merupakan hasil inisiatif pengurusan SSM melalui kutipan dalam kalangan warga kerja selain sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis yang sama, SSM turut menyampaikan sumbangan WZK kepada Rumah Bakti Nur Syaheera dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan sumbangan WZK berjumlah RM13,000.

Selain itu, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM23,000 kepada pesara-pesara SSM serta anak-anak pekerja SSM yang kurang upaya turut dilakukan.

Majlis yang dianjurkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd. Sayuthi Bakar; Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Bermula Januari 2023 sehingga penghujung tahun lepas, SSM telah mengagihkan dana WZK sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. 

Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan CSR sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN