ProEight, PMKS kongsi inovasi pam kepada dunia - Utusan Malaysia

ProEight, PMKS kongsi inovasi pam kepada dunia

Inovasi pam
AZHAR Zainal Abidin menunjukkan fungsi pam untuk minyak dan gas kepada pengunjung pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat ProEight Sdn Bhd (ProEight) menjadi satu-satunya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berpeluang menyertai Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada bulan lalu.

Syarikat tersebut menerusi tawaran perkhidmatan pembaharuan dan penyelenggaraan pam dalam industri minyak dan gas berpeluang menyertai sebagai pempamer bersama 2,000 perusahaan bertaraf global dari 70 negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Azhar Zainal Abidin berkata, penyertaan syarikatnya memberi impak besar pada persidangan tersebut menerusi fokus terhadap pengeluaran pengedap mekanikal untuk industri berkenaan di peringkat global.

“Ia mencetus gelombang inovasi pada OTC. ProEight antara syarikat di Asia Tenggara yang membina mesin baharu dan pakar dalam membaik pulih pam lama serta mengubahsuai mengikut kehendak spesifik pelanggan.

“Ekosistem itu jelas memperlihatkan pengedap mekanikal melepasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh jurutera muda terlatih syarikat. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila menyelesaikan isu pasir yang sering mencetus masalah kepada pam,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, ProEight adalah syarikat milik bumiputera, merupakan satu-satunya perkhidmatan di Asia Tenggara menghasilkan pengedap mekanikal serta mempunyai paten industri (IP) berdaftar untuk komponen dan servis pembaharuan pam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan antara tumpuan pengunjung terhadap ProEight ketika persidangan tersebut adalah kepakaran dalam membaik pulih serta menyesuaikan alat itu bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Malah mempunyai penambahan baharu yang bakal merevolusikan operasi kepada syarikat pelanggan. Kami bersedia mendedahkan penyelesaian pengeluaran produk penahan bocor bagi mesin dan alat ganti untuk kegunaan syarikat minyak dan gas,” ujarnya.

Katanya lagi, turut mencuri tumpuan adalah pameran perkhidmatan ‘Penjuruteraan Semula dan Peremajaan’ syarikat bagi menghidupkan pam lama kembali berfungsi dengan baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN