KANGAR: Peluang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai 50-50 namun tetap mempunyai potensi besar untuk menang jika peratusan keluar mengundi tinggi khususnya membabitkan pengundi Melayu. Bagi Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau melihat isu ekonomi yang kritikal selain kenaikan kos sara hidup akan membuka mata pengundi untuk menolak Pakatan Harapan (PH) dalam PRK itu. Selain…










