PRK Kuala Kubu Baharu: 642 anggota polis bertugas - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: 642 anggota polis bertugas

Polis PRK
S. SASIKALA DEVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 642 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, bermula 27 April ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kesemua anggota polis akan bertugas ketika hari penamaan calon, kempen calon, hari mengundi awal dan hari mengundi.

“Polis menggerakkan kesemua elemen kawalan keselamatan bagi kempen PRK ini. Sehubungan itu, para pengundi tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka semasa hari mengundi.

“Ketua Polis Daerah Hulu Selangor dijangka berjumpa dengan wakil parti yang bertanding esok atau Jumaat ini bagi memberikan penerangan mengenai perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat sepanjang kempen PRK,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei dijangka hangat kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan ketika ini.

Antara perkara yang mencetuskan situasi itu seperti dakwaan kegagalan kerajaan menangani kenaikan harga barang asas. 

Dalam pada itu, Sasikala memaklumkan seramai 625 anggota polis dan 235 anggota tentera yang akan melakukan undian awal pada 7 Mei nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN