HULU SELANGOR: UMNO akan menyokong calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecik (PRK) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei ini tanpa mengira dari parti mana. Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, prinsip UMNO adalah menghormati kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan semasa pilihan raya lalu. Oleh itu, kata beliau, UMNO terus menyokong mana-mana calon yang akan diumumkan oleh Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Di…